VISI DAN MISI

TERAS PERKHIDMATAN

 

Berazam Meninggikan Mutu Perkhidmatan

 

Bekerja Dengan Penuh Tanggungjawab

 

Berusaha Menggikis Sikap Mementingkan Diri

 

Berkhidmat Dengan Penuh Muhibbah Dan Kemesraan

 

Bekerja Ke arah Memajukan Pemikiran Rakyat Dan Pembangunan Negara

 

Bekerjasama Dalam Membenteras Kelemahan dan Musuh-musuh Negara

 

Berpegang Teguh Kepada Ajaran Agama

 

 

 

 

                                                                                                                                                            VISI DAN MISI

VISI

SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN PUTATAN PENAMPANG

SEBAGAI

SEKOLAH HARAPAN NEGARA

MENJELANG AKHIR TAHUN 2010

DAN

SEKOLAH CEMERLANG

MENJELANG AKHIR TAHUN 2013

 

MISI

UNTUK MENCAPAI VISI DI ATAS  PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN SEKOLAH

HENDAKLAH:

 

                                                 Mewujudkan pengurusan dan pentadbiran sekolah yang efisien, efektif dan berfokus dalam satu pasukan

 

                                                             Memiliki guru yang berketrampilan, berkualiti, berinovatif, bertanggungjawab dan penyayang.

 

                                                                                                                Mewujudkan kerjasama yang erat dengan PIBG.

 

                                Mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat dan kondusif untuk merangsang Pengajaran dan Pembelajaran.

 

                                                      Melahirkan murid yang berkualiti dan bestari dari segi kurikulum, kokurikulum dan sahsiah.

 

                                                                 Melahirkan murid yang seimbang dari segi  Intelek, Rohani, Emosi dan Jasmani.

 

 

 

 

PIAGAM PELANGGAN SEKOLAH

Kami Guru-guru dan Anggota Kumpulan Sokongan SK.Pekan Putatan, Daerah Penampang berusaha dengan penuh tekad dan azam menumpukan seluruh tenaga kami dan berjanji untuk :-

 

Memberikan layanan mesra dan perkhidmatan terbaik kepada setiap pelanggan kami yang datang berurusan serta dapat menyelesaikannya dalam tempoh yang singkat.

Memastikan semua surat menyurat rasmi dapat diselesaikan dan dijawab tidak lebih dari tiga hari dari tarikh surat diterima.

Memastikan guru-guru dan kakitangan sokongan yang baru dilantik atau ditukarkan ke sekolah ini menerima gaji pertama mereka tidak lewat dari dua bulan setelah menerima perlantikan atau pertukaran.

Memastikan bidang kurikulum dan ko-kurikulum sentiasa menjadi sasaran kerja utama pada setiap tahun.

Memastikan tenaga pengajar sentiasa mencukupi dan bersedia sebaik sahaja sesi persekolahan bermula.

Memastikan Kanak-kanak Warganegara Malaysia yang layak masuk Tahun Satu mendapat tempat seminggu sebelum sekolah dimulakan.

Memastikan semua murid Tahun Satu yang baru didaftarkan akan menguasai kemahiran 3M dalam tempoh dua tahun.

Memastikan semua murid warganegara Malaysia akan mendapat bantuan Penjaman Buku Teks pada minggu pertama persekolahan.

Memastikan Program Carta dan Induk sentiasa dipertingkatkan untuk menwujudkan suasana pembelajaran “Kondaktif”.

Memastikan “Program Kecemerlangan Pelajar” untuk murid-murid Tahap II diadakan pada setiap tahun.

Memastikan konsep Budaya Kerja Cemerlang Dan Berkualiti” untuk meningkatkan ketrampilan diri, prestasi dan imej guru-guru, kakitangan sokongan dan sekolah.

Berusaha meletakkan nama sekolah berada di tahap yang tinggi dan dapat dibanggakan oleh semua pihak.

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara.

 

 

 

 

 

LAGU SEKOLAH

 

ENGKAULAH CAHAYA YANG BERSINAR

MEGAH MENJUNJUNG WARISAN

JASAMU MENGUNUNG GEMILANG

SK. PEKAN PUTATAN

ILMU DISIPLIN AMALAN COGAN KATA

BERTEKAD MENGUKIR CITA-CITA

MENYAHUT WAWASAN, SEMBILAN CABARAN

MENUJU KEMERDEKAAN

MARILAH KITA SEMUA

HADAPI RINTANGAN DURJANA

KUKUHKAN SEMANGAI DIJIWA

KEMERCU PANCA PERSADA

SEMARAK GURU DAN IBU BAPA

MENJUNJUNG HASRAT NEGARA

BERPADU TENAGA, SEARAH SEKATA

UNTUK MALAYSIA TERCINTA

MATLAMAT SEKOLAH

 

1.     MATLAMAT UMUM

 

Memberi Pendidikan Asas yang konkrit serta menyeluruh di dalam dan di luar bilik darjah untuk menyediakan murid-murid memiliki budaya ilmu yang mantap baki memasuki ke alam sekolah menengah dan seterusnya hingga ke peringkat yang lebih tinggi supaya mereka menjadi rakyat yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

2.     MATLAMAT KHUSUS

 

Matlamat Pendidikan yang khusus serta menyeluruh untuk menghadapi hidup bermasyarakat.

Memberi Pelajaran yang asa dalam kemahiran membaca, menulis dan mengira selaras dengan objektif dan matlamat KBSR.

Melahirkan cara berfikir yang logik, baik dan kratis setiap individu murid sesuai dengan perkembangan ilmu perubahan rakan dan alam sekitar.

Mendorong/memberi galakan dalam mencapai kejayaan UPSR dan PKBS pada setiap bulan dan penggal persekolahan.

Mendorong penekanan dan kesedaran kepada murid-murid  menceburkan diri dalam kegiatan luar yang berfaedah khususnya ko-kurikulum.

Memberi penekanan dan kesedaran kepada murid-murid dalam menjaga serta mengawal budaya sekolah.

Menanamkan sikap bertanggungjawab, yakin dan percaya kepada diri serta semangat mahu menimba ilmu tanpa dipaksa dan patuh khususnya pengawas dan umumnya kepada masyarakat.

Menanamkan semangat kekitaan di kalangan guru-guru, kakitangan serta murid-murid sejajar dengan matlamat integrasi National.

Mempertingkatkan disiplin diri dalam mengamalkan budaya kerja di kalangan guru-guru, kakitangan dan murid-murid.

TEKAD DAN HARAPAN. Marilah kita bersama-sama meningkatkan budaya kerja semata-mata kerana Allah dan unutk mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Negara selaras dengan tuntutan masyarakat serta objektif sekolah.  “Dimana ada kemahuan disitu ada jalan”, Tidak ada kerjaya tanpa pengorbanan, berazam, merancang, berusaha dengan gigih adalah kunci kejayaan.

HIDUP BERILMU, BERAMAL DAN BERJASA

Leave a comment